Dalam iklan tersebut, menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak yang sedang berjalan dan terlihat sebuah mesin aiskrim. Kanak-kanak itu mula menghasilkan aiskrim ke dalam kon yang disediakan namun apabila sedang mengepam aiskrim tersebut, dia melihat begitu banyak untuk dirinya seorang.
Maxis menggambarkan bahawa, terdapat begitu banyak data untuk digunakan oleh seseorang individu, mengapa tidak dikongsi? Jadi kanak-kanak tersebut mula membahagi-bahagikan aiskrim tersebut kepada rakan-rakannya. Begitu terpancar wajah kegembiraan rakan-rakannya setelah menerima aiskrim tersebut.
Maka dengan itu, perumpamaan yang Maxis ingin gambarkan adalah betapa gembiranya orang sekeliling kita apabila kita berkongsi data internet kepada mereka. Betapa bermaknanya kehidupan orang sekeliling kita dengan perkongsian data tersebut.