Tentang Kami

katering-soft-ice-creamkatering-soft-ice-creamkatering-soft-ice-creamkatering-soft-ice-cream

Penyedia pakej katering aiskrim

Beroperasi sejak 2010, ohsemm69 soft ice-cream merupakan antara penyedia pakej katering aiskrim yang paling lama dalam pasaran yang telah memenuhi permintaan serata Semenanjung Malaysia, syarikat kini sedang berusaha untuk membekalkan aiskrim untuk kawasan Sabah dan Sarawak pula.

Bermula dari pembukaan kiosk aiskrim pertama di UiTM Shah Alam pada 2010, syarikat terus mengembangkan sayapnya 2 tahun selepas itu dengan mula menerima tempahan untuk katering aiskrim sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun di atas permintaan yang tinggi dari luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, syarikat berusaha untuk memenuhi jemputan untuk katering aiskrim termasuk dari utara Semenanjung, Pantai Timur mahupun nun di selatan Semenanjung. Memenuhi permintaan pelanggan adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan pelanggan dapat menjamu pencuci mulut yang terbaik untuk tetamu mereka.              

Kami menyediakan perkhidmatan katering aiskrim untuk majlis-majlis berikut:

  • Majlis perkahwinan
  • Majlis pertunangan
  • Majlis aqiqah/kurban
  • Majlis harijadi
  • Hari sukan sekolah
  • Hari kantin/usahawan sekolah
  • Perasmian produk/bangunan baru syarikat
    dan sebagainya...
katering-aiskrim

Antara kelebihan kami:

1. Menerima tempahan katering aiskrim oleh syarikat-syarikat seperti Petronas, Telekom Malaysia, Bank Rakyat, Kuwait Finance House, Prolintas Highway, Kolej Polytech Mara, UiTM Shah Alam untuk majlis rumah terbuka.                               

2. Terbaru, Sunway Velocity dan IOI Group bekerjasama dengan kami dalam pelancaran bangunan baru mereka.                                 

3. UOB Bank dan Julie’s juga merupakan rakan strategik kami dalam pelancaran produk baru mereka.

4. Kami juga mendapat liputan berita RTM, Utusan Malaysia, Kosmo dan Harian Metro pada pelancaran 2016.

katering-aiskrim
Liputan akhbar Harian Metro

Harga tempahan adalah serendah RM1 per kon, harga boleh di rujuk di sini.

Syarikat berbesar hati menyediakan perkhidmatan katering aiskrim yang terbaik untuk pelanggan kami. dengan tagline ULTIMATE DESSERT IN TOWN,  kami akan berusaha keras untuk merealisasikan tagline tersebut. Tidak kira majlis rasmi mahupun tidak rasmi, syarikat akan buat yang terbaik.

Comments on this entry are closed.