Jika dilihat dari video di atas, ternyata walau berapa banyak aiskrim yang dipam, masih menghasilkan struktur yang cantik, juga ditunjukkan kedudukan aiskrim apabila diterbalikkan, tidak akan jatuh dan terus melekat pada kon. Struktur dan tekstur aiskrim yang cantik dan sebegitu halus, hanya dapat dihasilkan oleh mesin yang betul-betul berkualiti. Ini adalah antara salah satu mesin jenis High End yang hanya dibekalkan untuk hotel-hotel atau syarikat korporat sahaja. Harga mesin ini bergantung kepada jenis model dan berharga antara RM20000 sehingga ke RM50000.
Rujuk pada yang arif sebelum membuat keputusan.
Justeru, sebagai usahawan yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan soft ice-cream, adalah digalakkan untuk mendalami dan mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan mesin-mesin ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, begitulah kata pepatah yang perlu diambil berat, bayangkan anda telah bersusah payah mendapatkan modal untuk berniaga, namun akhirnya tersungkur di tengah jalan akibat terbeli mesin yang salah atau tidak berkualiti.
Ramai di kalangan usahawan mempunyai semangat yang tinggi untuk berniaga. Mereka berusaha mendapatkan info dari merata pembekal. Namun kerana kurang maklumat ataupun pengalaman, masih ramai yang tersilap membuat keputusan. Di sini, berdasarkan pengalaman selama 9 tahun, syarikat sendiri selalu turun padang dan menghadapi pelbagai pengalaman sewaktu menjalankan urusan tempahan dari pelanggan.
Syarikat kini sedang giat mencari usahawan-usahawan aiskrim seluruh negara untuk dilantik menjadi ejen bagi setiap negeri di bawah Akademi (ABisA). Kepada mereka yang berminat untuk menjadi usahawan, boleh merujuk kepada kami untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan anda tidak tersilap membeli mesin soft ice-cream yang tidak bersesuaian. Hubungi kami di sini.