Mesin soft ice-cream

Cara memilih mesin soft ice-cream yang betul

mesin-soft-ice-cream
Gambar menunjukkan sebuah mesin soft ice-cream yang telah disusun atur untuk sebuah majlis perkahwinan

Mesin soft ice-cream memainkan peranan penting bagi memastikan tetamu dapat dijamu dengan aiskrim dalam sesebuah majlis tertentu.

Sebagai usahawan soft ice-cream, pemilihan mesin sangat penting. 2 jenis mesin yang utama yang perlu dititikberatkan samada mesin soft ice-cream jenis heavy duty atau jenis yang biasa-biasa sahaja. Bagi majlis kecil-kecilan, tidak mengapa jika ingin menggunakan mesin yang biasa-biasa sahaja. Namun bagi sesebuah majlis yang besar dan grand, dan dihadiri oleh ribuan tetamu, mesin yang berkualiti perlu digunakan. Ini bagi memastikan kelancaran majlis terjamin.

Namun begitu terdapat kelemahan dan kekurangan dalam setiap spesifikasi mesin ini. Contohnya, jika menggunakan mesin jenama Ocean Power, kelancaran mesin memang tiada bandingnya. Beraturlah tetamu berapa ramai pun, mesin ini akan dapat menampung keperluan mengepam aiskrim dalam tempoh yang lama dan banyak. Namun begitu, kerana menggunakan kompresor yang besar, mesin ini sangat berat dan menggunakan bekalan kuasa elektrik yang besar.

mesin-soft-ice-cream
Model terbaru mesin soft ice-cream berjenama Ocean Power

Harga untuk mesin jenama Ocean Power ini juga agak mahal, mencecah RM15,000. Sangat sesuai bagi usahawan yang mensasarkan majlis-majlis besar dan usahawan mestilah mempunyai lori. Kerana kenderaan biasa seperti kereta agak sukar dimuatkan kerana saiznya yang besar dan berat. Beratnya mencecah sehingga 150 kg. Justeru, bagi usahawan-usahawan aiskrim yang serius ingin menjalankan perniagaan aiskrim ini secara serius, sesuailah jika mereka ingin mendapatkan mesin ini. 

Mesin yang lebih kecil dan mudah di bawa.

Kebanyakan usahawan-usahawan aiskrim yang baru mula ingin berkecimpung dalam perniagaan aiskrim, adalah digalakkan supaya mereka mendapatkan mesin yang lebih kecil, iaitu yang lebih mudah di bawa dan ringan. Ini supaya mereka tidak perlu tergesa-gesa mengeluarkan modal untuk membeli sebuah lori bagi memulakan perniagaan soft ice-cream.

mesin-soft-ice-cream
Mesin soft ice-cream yang lebih kecil yang sesuai di bawa menggunakan kereta

Boleh didapati dengan harga yang lebih murah, serendah RM6000. Jadi dengan permulaan modal yang rendah, usahawan yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan mahupun yang ingin menjadikan perniagaan aiskrim sebagai kerjaya utama, sudah boleh memulakan perniagaan aiskrim dengan hanya mendapatkan bekalan aiskrim dari pembekal.

Mesin jenis Hi End

Terdapat sebuah mesin soft ice-cream yang jarang didapati di Malaysia namun merupakan sebuah mesin yang sangat berkualiti. Ianya sangat berat, kerana keseluruhan part di dalam mesin ini dibuat dari barang-barang yang berkualiti tinggi. Mesin ini tidak sesuai untuk di bawa menggunakan kenderaan untuk tujuan katering, sebaliknya sesuai diletakkan statik pada tempat-tempat tertentu dan tidak digerakkan ke mana-mana seperti di banquet hall di hotel-hotel.

Jika dilihat dari video di atas, ternyata walau berapa banyak aiskrim yang dipam, masih menghasilkan struktur yang cantik, juga ditunjukkan kedudukan aiskrim apabila diterbalikkan, tidak akan jatuh dan terus melekat pada kon. Struktur dan tekstur aiskrim yang cantik dan sebegitu halus, hanya dapat dihasilkan oleh mesin yang betul-betul berkualiti. Ini adalah antara salah satu mesin jenis High End yang hanya dibekalkan untuk hotel-hotel atau syarikat korporat sahaja. Harga mesin ini bergantung kepada jenis model dan berharga antara RM20000 sehingga ke RM50000.

Rujuk pada yang arif sebelum membuat keputusan.

Justeru, sebagai usahawan yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan soft ice-cream, adalah digalakkan untuk mendalami dan mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan mesin-mesin ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, begitulah kata pepatah yang perlu diambil berat, bayangkan anda telah bersusah payah mendapatkan modal untuk berniaga, namun akhirnya tersungkur di tengah jalan akibat terbeli mesin yang salah atau tidak berkualiti.

Ramai di kalangan usahawan mempunyai semangat yang tinggi untuk berniaga. Mereka berusaha mendapatkan info dari merata pembekal. Namun kerana kurang maklumat ataupun pengalaman, masih ramai yang tersilap membuat keputusan. Di sini, berdasarkan pengalaman selama 9 tahun, syarikat sendiri selalu turun padang dan menghadapi pelbagai pengalaman sewaktu menjalankan urusan tempahan dari pelanggan.  

Syarikat kini sedang giat mencari usahawan-usahawan aiskrim seluruh negara untuk dilantik menjadi ejen bagi setiap negeri di bawah Akademi (ABisA). Kepada mereka yang berminat untuk menjadi usahawan, boleh merujuk kepada kami untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan anda tidak tersilap membeli mesin soft ice-cream yang tidak bersesuaian. Hubungi kami di sini.

Indahnya bila dapat berkongsi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *