11,000 kon aiskrim percuma dari HomePro

Aiskrim percuma sempena Jualan Gudang Merdeka HomePro

Tercari-cari di mana boleh anda dapatkan perabot dan barangan elektrik pada harga runtuh? Datanglah ke Warehouse Sale HomePro di Puchong, bermula 27 Julai 2019 hingga 12 Ogos 2019. Nikmati juga aiskrim percuma di sini.

Pada tahun 2019, ini adalah jualan gudang kali yang ketiga dianjurkan oleh syarikat besar seperti HomePro. Ini adalah kerana sambutan hangat pada jualan gudang yang telah dianjurkan sebelum ini. Dengan tema “One Shop For All Home” mereka ada lebih dari 20,000 jenis produk untuk dijual. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pemasangan dan khidmat nasihat dari pereka dalaman mereka. Menariknya 11,000 kon aiskrim percuma diberikan kepada pengunjung.

Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan katering aiskrim yang telah mendapat kepercayaan penuh oleh syarikat HomePro, mereka telah menempah sebanyak 11,000 kon aiskrim untuk diberikan secara PERCUMA kepada semua pengunjung yang hadir sepanjang tempoh jualan gudang tersebut. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, sudahlah dapat membeli-belah barangan pada harga runtuh, dapat pula nikmati aiskrim secara percuma 😉 

aiskrim-percuma
Sebuah keluarga menikmati aiskrim percuma setelah membeli-belah di gudang HomePro

Kami berbesar hati dapat menyediakan aiskrim percuma untuk para pengunjung. Rata-rata mereka yang hadir sangat berpuas hati dan sangat gembira menikmati saguhati dari HomePro ini.  Kami juga secara tidak langsung menerima sambutan hangat dari pengunjung, malah ada yang berminat untuk menempah aiskrim untuk meriahkan majlis mereka yang akan datang. In Syaa Allah, jika ada kekosongan pada tarikh tersebut, kami tidak akan teragak-agak untuk hadir ke majlis tersebut.

Bagi mereka yang masih berada di Lembah Klang, belum terlambat untuk hadir ke sini. Masih banyak peralatan rumah untuk diborong. Jika anda bernasib baik, dengan pembelian RM600 ke atas, anda layak untuk mendapat cabutan bertuah, dan cabutan bertuah tersebut bernilai sehingga RM80,000. Baru-baru ini, sebuah keluarga telah memenangi sebuah televisyen bersaiz 58inci! Rezeki jangan ditolak, jom hadir beramai-ramai untuk mendapatkan barangan rumah pilihan anda. Jika anda tidak pasti mengenai lokasi jualan gudang tersebut boleh rujuk pada peta di bawah:

Indahnya bila dapat berkongsi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *