eUsahawan MDEC

Usahawan aiskrim terpilih antara 50 yang terbaik

usahawan-aiskrim
Peserta bergambar beramai-ramai bersama jurulatih

Siapa sangka, ohsemm69 soft ice-cream telah terpilih antara 50 usahawan dari 113,588 peserta dari seluruh Malaysia. Pemilihan yang ketat telah dilakukan bagi memastikan peserta yang benar-benar layak sahaja yang dapat memasuki peringkat ini.

Peserta dibimbing selama 6 bulan. Di bawah jurulatih persendirian, peserta juga didedahkan dengan pemasaran digital yang kini sangat sengit di pasaran. Bermula dengan pengenalan kepada pemasaran facebook, pemasaran instagram, pengiklanan google adwords, teknik google SEO, peserta telah dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang sangat mahal jika ingin diperolehi di luar sana. Justeru sebagai salah seorang wakil usahawan aiskrim, syarikat sangat berbesar hati kerana terpilih dalam program yang sangat bermanfaat ini.

Bertarikh pada 29 Julai 2019, program ini telah pun sampai pada penghujungnya. Majlis graduasi telah pun berlangsung dengan jayanya bertempat di The Oak Room, Nexus di Bangsar. Masing2 menerima sijil dan sebuah piala khas yang diukir nama peserta yang direka sangat cantik. Antara 50 peserta tersebut, 3 usahawan telah pun dipilih sebagai usahawan terbaik. Ketiga-tiga usahawan ini telah pun mencatatkan jualan yang memberansangkan dan pencapaian yang tinggi. Majlis penutup ini telah mendapat liputan dari media antaranya Harian Metro kerana kejayaan program yang merupakan inisiatif MDEC.

usahawan-aiskrim
Antara 3 peserta terbaik bersama CEO MDEC (Surina), CEO Cradle Fund (Razif Abdul Aziz) dan pengasas bersama Proficeo (Dr. Sivapalan Vivekarajah) - Harian Metro, Isnin, 29 Julai 2019

Hasil bimbingan selama 6 bulan, syarikat telah berjaya menghasilkan semula laman web ini yang telah lama tergendala. Selain itu, syarikat telah berjaya menambah ejen sebanyak 4 wakil, satu wakil di Tawau, Sabah, satu wakil di Kangar, Perlis, dan dua wakil di Selangor, masing-masing di Bukit Beruntung dan Sungai Buloh. Maklumat ejen boleh di dapati di sini. Setiap ejen-ejen ini telah dibangunkan facebook page dan laman instagram supaya mudah dicari oleh para pelanggan di kawasan mereka.

usahawan-aiskrim
Encik Syakir bersama Encik Mus, wakil ejen dari Kangar, Perlis.
usahawan-aiskrim
Encik Syakir wakil dari Ohsemm69 soft ice-cream, antara 50 peserta yang dipilih.

Sebagai usahawan yang bermatlamat tinggi, syarikat berhasrat untuk membesarkan lagi perniagaan aiskrim ini. Usaha-usaha promosi sedang giat dijalankan dan target yang disasarkan pada tahun 2020, terdapat wakil ejen bagi setiap negeri. Ini bagi memudahkan lagi para pelanggan untuk mencapai kami. Sehubungan itu, bagi mereka yang berminat menjadi ejen kami, sangat dialu-alukan dan boleh mendapatkan maklumat di sini.

Indahnya bila dapat berkongsi

2 thoughts on “eUsahawan MDEC”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *