Kerjasama korporat

Kerjasama yang ohsemm dengan MAXIS untuk pengiklanan

Pada tahun 2016, syarikat telah mendapat pengiktirafan dengan menerima tawaran dari salah sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia iaitu MAXIS bagi menjalin kerjasama untuk menjadi sebahagian dari ‘watak kecil’ yang ohsemm dalam pengiklanan mereka.

Ini merupakan antara pencapaian terbesar syarikat menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat dalam usaha mengembangkan produk aiskrim di bawah jenama ohsemm. Walaupun dalam iklan yang berdurasi selama 42 saat itu tidak terlihat mana-mana logo syarikat, namun syarikat amat berbangga untuk penggunaan mesin dan aiskrim dari pihak kita.

ohsemm

Dalam iklan tersebut, menunjukkan bahawa seorang kanak-kanak yang sedang berjalan dan terlihat sebuah mesin aiskrim. Kanak-kanak itu mula menghasilkan aiskrim ke dalam kon yang disediakan namun apabila sedang mengepam aiskrim tersebut, dia melihat begitu banyak untuk dirinya seorang.

Maxis menggambarkan bahawa, terdapat begitu banyak data untuk digunakan oleh seseorang individu, mengapa tidak dikongsi? Jadi kanak-kanak tersebut mula membahagi-bahagikan aiskrim tersebut kepada rakan-rakannya. Begitu terpancar wajah kegembiraan rakan-rakannya setelah menerima aiskrim tersebut.

Maka dengan itu, perumpamaan yang Maxis ingin gambarkan adalah betapa gembiranya orang sekeliling kita apabila kita berkongsi data internet kepada mereka. Betapa bermaknanya kehidupan orang sekeliling kita dengan perkongsian data tersebut.

ohsemm

Zaman sekarang, data internet sudah menjadi sebahagian dari perkara penting dalam hidup seharian kita. Banyak video-video yang dihasilkan di laman sosial dan keperluan data internet sangatlah tinggi.

ohsemm

Apa yang syarikat ingin kongsikan di sini, adalah betapa ohsemm nya perasaan kami apabila dijemput oleh Maxis untuk pengiklanan mereka. Pada permulaan, syarikat menjangkakan hanyalah untuk iklan billboard, namun rupa-rupanya untuk pengiklanan tv! Betul-betul ohsemm!

Syarikat berharap agar suatu hari nanti aiskrim jenama ohsemm dapat mengeluarkan iklannya sendiri di televisyen dengan menggunakan bajet sendiri. Ini tidak mustahil kerana syarikat telah mula mengorak langkah dengan membuat beberapa edisi pengiklanan di akhbar-akhbar tempatan. 

Penjenamaan ohsemm giat dilakukan dari sehari ke sehari, tidak kira di platform offline mahupun online. Namun kepesatan pembangunan digital marketing telah ‘memaksa’ syarikat untuk bekerja lebih keras dalam online marketing. Ini boleh disaksikan sendiri dalam media sosial ohsemm soft ice-cream.

 

Indahnya bila dapat berkongsi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *