Sejarah Ohsemm

Sejarah Ohsemm Soft Ice-cream

katering-soft-ice-cream

Bermula tahun 2010, syarikat telah memulakan perniagaan aiskrim di kafeteria menara UiTM Shah Alam . Perniagaan ini diterima baik oleh pelajar-pelajar UiTM dengan menjadikan aiskrim sebagai pencuci mulut. 

Pada permulaan, syarikat menggunakan jenama aiskrim mingomingo di bawah hak perlesenan dari sebuah syarikat bumiputera di Kuala Lumpur. Produk utama yang diniagakan pada waktu itu ialah soft ice-cream.

2 tahun bertapak dalam UiTM, syarikat mula melebarkan sayap dengan mula menerima tempahan untuk katering aiskrim bagi pelbagai majlis. Tempahan pertama yang diterima adalah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik iaitu sebanyak 3000 kon untuk jamuan raya.

Soft ice-cream bukanlah suatu produk baru. Ia telah lama di pasaran. Namun apa yang istimewanya adalah katering soft ice-cream pada waktu itu, mesin dibawa menggunakan lori terus kepada pelanggan, samada untuk terus ke rumah ataupun dewan.

Trend ini telah mula berkembang dan mendapat sambutan baik di sekitar Lembah Klang. Aiskrim ini mula dijadikan sebagai pencuci mulut untuk setiap majlis perkahwinan, majllis hari jadi, rumah terbuka, hari sukan sekolah dan sebagainya.

Kini penjemaan semula telah dilakukan oleh syarikat. Sebanyak 2 kali penjenamaan semula telah dilakukan. Bermula sebagai ohsemm soft ice-cream sejak 2014, kini ohsemm69 soft ice-cream pula. Pelbagai tempahan diterima dari seluruh negara oleh pelbagai pihak termasuk syarikat korporat dan swasta.

Syarikat telah berpindah dari Shah Alam ke Kajang. Bermula tahun Julai 2019, syarikat telah ditawarkan oleh pihak MARA untuk beroperasi di dalam premis mereka. Lokasi premis tersebut terletak di Arked Mara, Kajang.

Syarikat juga sedang giat menambah lebih banyak ejen seluruh Negara bagi memenuhi tempahan-tempahan katering aiskrim untuk pelbagai majlis. Ejen-ejen boleh hadir ke Arked Mara Kajang untuk tujuan pengambilan stock.

Target yang telah disasarkan pada tahun 2020, sekurang-kurangnya ada satu wakil ejen dari setiap negeri. Wakil-wakil ejen ini akan menjadi duta kecil syarikat bagi setiap negeri. Syarikat mensasarkan mencapai taraf francais menjalang hujung tahun 2020.

Misi syarikat adalah supaya jenama ohsemm akan menjadi satu jenama terkenal suatu hari nanti

Indahnya bila dapat berkongsi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *